Subhanallah...Besarnya Kuasa Allah!
Bayi Timbul Dari Dalam Lumpur Di Bangladesh (5 Gambar)
Seorang bayi ditemui timbul dari dalam lumpur selepas berlaku bencana banjir besar berlaku di Bangladesh, baru-baru ini.
Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh ini telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak.
Wanita tersebut dipercayai dihanyutkan air deras dan terkubur di dalam lumpur.
Difahamkan, selepas beberapa hari banjir tersebut reda, suatu keajaiban berlaku di mana wanita hamil yang telah mati dan terkubur di dalam lumpur itu telah sempat melahirkan bayinya yang dikatakan timbul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui sesiapa pun.
Bayi tersebut dipercayai selamat walaupun sudah beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati itu.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam dalam kejadian berkenaan.
0 Response to "Bayi Timbul Dari Dalam Lumpur Di Bangladesh (5 Gambar)"
Post a Comment