SEGAMAT – Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Kuala Paya dekat sini maut selepas diserang seekor babi hutan ketika sedang menoreh getah kira-kira pukul 1 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi berkata, mangsa, Loo See Seng, 65, bersama isterinya, Liow Siew Lan, 65, ditemui mati oleh pemilik kebun tersebut yang secara kebetulan datang ke lokasi kejadian.
“Pemilik kebun tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan hasil siasatan awal mendapati lelaki warga emas tersebut mati akibat mendapat kecederaan di kedua-dua kakinya, paha, tangan dan pendarahan dalaman.
“Sementara itu, isterinya pula didapati patah dan remuk betis kanan dan terdapat kesan koyakan akibat tusukan objek tumpul pada betisnya. Selain itu, pakaian yang dipakai oleh kedua-dua mangsa juga koyak rabak dan terdapat kesan seretan,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan awal terhadap kecederaan dan koyakan pakaian oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, mangsa disyaki telah diserang oleh babi hutan dan telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk siasatan lanjut.
Katanya, ketika seorang anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian, secara tiba-tiba seekor babi hutan telah bertindak menyerang anggota polis tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada betis mangsa.
Bagaimanpun, anggota tersebut sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit sebelum dibantu oleh dua rakan lain yang melihat kejadian tersebut dan bertindak menembak haiwan tersebut.
"Tindakan dua anggota polis tersebut telah berjaya menyelamatkan rakannya apabila babi tersebut berjaya dibunuh dan mangsa dibawa ke Hospial Daerah Segamat untuk mendapatkan rawatan swbagai pesakit luar," Katanya..
SUMBER - KOSMO
Friday, July 3, 2015
0 Response to "Babi hutan cederakan anggota polis dan bunuh sepasang suami isteri"
Post a Comment